http://schema.org/InStock

Aqidah Tahawiyyah | Syarah & Ulasan oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani

 Syarahannya begitu ringkas, tetapi padat. Buku ini juga penting untuk membetulkan persepsi sebahagian pihak yang menuduh Syaikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī dengan tuduhan-tuduhan yang tidak benar seperti beliau berakidah murji’ah. Di dalam buku ini kita dapat melihat bagaimana beliau men-taqrir-kan masalah iman sesuai dengan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

Jika dibandingkan buku ini dengan kitab-kitab akidah para imām terdahulu, contoh yang pertama berkenaan dengan status al-Qur’ān sebagai kalam Allāh ataupun sebagai makhluk. Kita boleh lihat bahawa pandangan yang dikemukan di dalam buku ini selari dengan pandangan Imām al-Ṭabarī di dalam kitab Ṣarīḥ al-Sunnah, Imām Aḥmad di dalam Syarḥ Uṣūl al-Sunnah dan al-Lālikā’ī di dalam Syarḥ Uṣūl al-I‘tiqād Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah. Selain itu, banyak lagi contoh-contoh yang boleh dikemukakan seperti keberadaan Allāh di atas ‘Arsy, masalah pembahagian iman, kudrat dan irādah Allāh, masalah qaḍā’ dan qadar dan lain-lain.

Pada asasnya, kebanyakan ulasan yang dibawakan oleh Syaikh Al-Albani berkenaan dengan akidah yang dimuatkan di dalam buku ini merupakan saringan dan ringkasan daripada pandangan ulama-ulama terdahulu. Kebanyakannya dinukilkan daripada kitab Syarḥ al-‘Aqīdah al-Ṭaḥāwiyyah yang dikarang boleh Imām ibn Abī ‘Izz al-Ḥanafī. Ada sebahagian daripada matan al-Ṭaḥāwiyyah ini diberikan ulasan yang ringkas, dan ada yang diberikan ulasan yang panjang. Selain itu, ada juga yang tidak diberikan apa-apa ulasan kerana barangkali Syaikh al-Albānī berpandangan bahawa matan tersebut sudah jelas dan tidak perlu diberikan apa-apa ulasan lagi.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
Verification code *
 
29 December 2020
Artikel
Buku ini menampilkan 150 muka surat berwarna dan bergambar pelbagai fakta sains pelik, kelakar dan menarik alam haiwan yang jarang dan mungkin tidak pernah dengar. Alam haiwan dari dalam laut, daratan dan udara dikongsikan di dalam buku yang sangat m...
01 June 2020
Artikel
 Mengapa perlu berda'wah di jepun?Hanya sekitar 0.01% masyarakat Jepun adalah Muslim. Daripada 126.8juta (anggaran 201...
12 December 2019
Artikel
 Ini kisah benar. Dulu pengutip sampah, kini bergelar jutawan hartanah pada usia 24 tahun. Inilah bukti kasih sayang Allah, yang Maha Pemberi untuk melahirkan lebih ramai pemberi. Daripada pengutip sampah, menjadi pemilik ...
28 August 2019
Artikel
Dalam badan kita ada sesuatu yang disebut sebagai jiwa. Dan ia menjadi sumbu kepada kehidupan seseorang. Justeru nilai kehidupan ini adalah diukur berdasarkan kekuatan jiwa seseorang seperti yang pernah disebut oleh baginda Nab...
25 August 2019
Artikel
Madzhab Syafi'i, salah satu daripada sekian banyak mazhab fiqh yang sampai ketika ini masih mendapat apresiasi meluas dari majoriti muslimin dunia. Keunggulan utama Madzhab Syafi'i terletak pada sifatnya yangnya sederhana. Di a...
 

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)