PTS Belitan Tipu Daya Iblis Talbis Iblis adalah kitab karangan Imam Ibnu Jauzi berkaitan dengan tipu daya Iblis dan syaitan kepa.. Product #: 978-967-481-214-0 based on 0 reviews Regular price: RM30.00 RM30.00 10

Belitan Tipu Daya Iblis: Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibnu Jauzi

Penerbit: PTS
Kod Kitab: 978-967-481-214-0
Availability: 10
Berat: 0.49kg

Harga: RM30.00

Talbis Iblis adalah kitab karangan Imam Ibnu Jauzi berkaitan dengan tipu daya Iblis dan syaitan kepada umat manusia. Buku ini adalah kitab klasik yang menjadi rujukan ramai. Ia membicarakan mengenai kaedah-kaedah iblis dan syaitan untuk memperdaya manusia untuk melakukan perkara jahat dan dilarang oleh Allah s.w.t.

 

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman mengambil inisiatif untuk memilih sebahagian daripada bab-bab penting dalam buku dan membahasnya mengenai kesesuaian konteks masyarakat semasa. Buku baru ini diberikan judul "Belitan Tipu Daya Iblis; Syarah Terpilih Kitab Talbis Iblis Ibu Jauzi".

Format buku ini adalah buku santai tetapi berfakta, ia tidak tergolong di dalam kategori buku ilmiah mahupun separa ilmiah. Tiada nota kaki disediakan kerana kebanyakannya adalah dipetik daripada syarah dan tahqiq Dr. Zaharuddin sewaktu berceramah. Pun begitu, setiap hadith akan diberikan rujukannya.

Buku ini juga tidak menghuraikan keseluruhan kitab Talbis Iblis, tetapi sebagaimana disebut di kulit buku ini, hanya syarah terpilih daripada kitab sahaja yang dimuatkan. Sekali lagi, dengan hasrat memilih tajuk-tajuk yang kontemporari dan dengan begitu mudah difahami oleh pembaca.


Talbis adalah menzahirkan yang bathil dalam bentuk yang betul. Meletakkan yang tidak betul di dalam tempat yang betul.

Contoh yang mudah seperti daging khinzir dibungkus di dalam bungkusan yang terdapat padanya cop halal.

Daging khinzir secara jelas dan nyata adalah sesuatu yang haram. Namun ia dibungkus di dalam bungkusan yang tertera padanya cop yang halal dan suci. Maka bagi pembeli yang tidak mengetahui bahawa itu adalah daging khinzir, dia akan terkeliru dan mungkin akan membelinya kerana tertipu dengan cop halal pada bungkusannya.

Dan lebih buruk lagi dia akan memasak dan menghidang kepada keluarganya daging tersebut, kerana dia tidak ada ilmu bagi membezakan daging yang halal dan juga daging yang haram dimakan.

Ini disebabkan dia sudah tertipu dengan cop halal pada bungkusan tersebut.

Begitulah yang dapat dikaitkan dengan makna talbis.

Ghurur adalah sejenis kejahilan yang menyebabkan sesuatu yang rosak itu betul, dan sesuatu yang betul itu rosak. Ini kerana dia telah berjaya diperdayakan oleh syaitan.

Contohnya seperti pada zaman baginda Rasulullah S.A.W., ketika baginda menyampaikan dakwah yang benar, tetapi dilihat sebagai dusta oleh kafir Quraisy pada ketika itu. Kaum kafir Quraisy pada ketika itu telah berjaya diperdayakan oleh tipu daya Iblis.

Bahagian 1: Berkenaan Iblis, Syaitan, dan Tipu Daya

Bahagian 2: Perintah Mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah

Bahagian 3: Tipu Daya Iblis kepada Para Ulama

Bahagian 4: Tipu Daya Iblis terhadap Orang Awam

Bahagian 5: Tipu Daya Iblis terhadap Pemerintah

 

BONUS

Doa dan Amalan Pelindung daripada Gangguan Syaitan

Biodata Imam Ibnu Al-Jauzi & Biodata Dr. Zaharuddin

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart