http://schema.org/InStock

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fatihah

Akhirnya tercapai juga harapan kali ini menatap setiap butir bicara hikmah menghuraikan Kalam Allah yang disampaikan setiap pagi Jumaat. Selepas 4 tahun Almarhum Tuan Guru meninggalkan kita, akhirnya penerbitan ini dapat direalisasikan. Penerbitan Tafsir Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah kesinambungan penerbitan tafsir yang pernah diterbitkan oleh beberapa pihak di era 90an. 

Audio asalnya ditranksip semula, kemudian dimasak dan diadun dengan tertib supaya semua orang di Malaysia dapat membacanya. Pembaca akan merasai 'kanji-kanji' bicara Tuan Guru yang segar dan enak melalui hidangan huraian Tafsir Al-Quran. 

 

TRANSKRIP KULIAH

Daripada audio asal kuliah Tok Guru yang disampaikan setiap hari Jumaat di Kelantan.

 

GAYA BAHASA

Mengekalkan gaya bahasa Tok Guru.

 

MAKSUD PERKATAAN

Dikekalkan perkataan dialek Kelantan dan diberikan maksud untuk memudahkan kefahaman semua.

 

KAEDAH PENULISAN DAN PENYUSUNAN

Transkrip kuliah diambil daripada audio kaset kuliah Tok Guru. Audio kuliah akan ditranskrip dengan ditaip setiap perkataan yang diucapkan oleh Almarhum Tuan Guru. Teks transkrip dikekalkan dalam sebutan dialek Kelantan, bagi memudahkan penyusun untuk memahami maksud penyampaian Almarhum Tuan Guru. Transkrip tersebut akan diedit dan disusun supaya dapat dibaca dan difahami oleh semua orang di Malaysia khususnya. Terdapat perkataan Kelantan yang dikekalkan bagi mengekalkan ucapan asal. Kemudian diletakkan maksud bagi setiap perkataan. Proses edit juga mengekalkan gaya bahasa Tuan Guru yang disampaikan menggunakan dialek Kelantan.

 

 

SENARAI MISALAN, KIASAN DAN ANALOGI

Tafsir Tok Guru ini mengandungi pelbagai misalan, kiasan dan analogi yang disampaikan sendiri oleh Tok Guru dalam kuliahnya untuk memudahkan kefahaman para pendengar. Antara analogi yang menarik adalah perihal cawan yang dipenuhi pasir bagi menggambarkan keadaan fikiran sebelum membaca al-Quran. Selain itu, penggunaan objek seharian juga dimasukkan sebagai kiasan dan gambaran. Contohnya, isi ceramah yang tidak disesuaikan digambarkan dengan perbuatan mahu membuka nat sembilan, tetapi menggunakan spanar dua belas. Senarai misalan, kiasan dan analogi ini disertakan untuk rujukan para pembaca.

 

NAMA SURAH AL-FATIHAH

Surah yang kita baca hari ini, kita panggil Surah al-Fatihah. Selain daripada al-Fatihah, banyak nama lain. Ada nama al-Syafi, ada nama al-Kafi, ada bermacam-macam nama lagi. Itu orang panggil mengikut nama jolokan. Kerana terlalu sayangnya Allah Subhana wa Ta’ala pada kandungan dan maksud Surah al-Fatihah, maka diberi nama bermacam-macam mengikut aspek- aspek tertentu. Yang kedua, disebut juga nama Ummul Kitab. Ummul Kitab maknanya ‘Emak bagi segala kitab’. Tidak kata ‘bapa kepada kitab’, tetapi panggil emak. Kerana manusia ini, kalau banding antara bapa dengan emak. Maka manusia sayang kepada emak lebih daripada sayang kepada bapa.

 

AIR SEMBAHYANG SEBELUM MEMBACA AL-QURAN

Kaedah kita hendak baca Al-Quran, pertama sekali sepatutnya kita kena ada air sembahyang. Air sembahyang ini kita kena ambil, untuk membersihkan diri kita daripada syaitan, daripada karut-marut. Macam mana cara hendak hambat (halau) syaitan jangan duduk di dalam hati kita ini? Allah Ta’ala beritahu kepada kita, syaitan ini salah satu daripada cara hendak hambat (halau) dia adalah kena ada air sembahyang. Dengan sebab itu sebelum daripada kita baca Al-Quran, kita kena ada air sembahyang.

Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dilahirkan di Kampung Pulau Melaka, Kelantan pada hari Sabtu 10 Januari 1931. Beliau adalah anak kedua daripada sembilan orang adik beradik. Berkahwin dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan dengan Tuan Sabariah, beliau mendapat 10 orang anak iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan. Pendidikan Tuan Guru bermula dari rumah melalui ayahanda beliau Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar. Kemudian beliau sempat belajar di beberapa institusi pendidikan yang wujud pada zamannya seperti Pondok Tok Kenali di Kubang Kerian, Kelantan, Madrasah Ittifakiah di Jerteh, Besut, Terengganu, Universiti Deoband, Universiti Lahore, Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Sarjana Perundngan Islam.

Sebelum terlibat dalam politik secara serius, beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Jabatan Kelas Dewasa yang diwujudkan oleh kerajaan persekutuan bagi mengatasi masalah buta huruf dalam kalangan orang dewasa. Almarhum Tuan Guru pula menjadi tenaga pengajar bagi pengajian Islam kepada masyarakat. Beliau juga menjadi guru agama di beberapa sekolah agama di Kelantan seperti Sekolah Menengah Ugama Tarbiah Mardhiah, Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar dan Maahad Muhammadi. Mula terlibat dengan politik bersama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 1967. Melalui pilihara raya kecil Kelantan Hilir dengan mengalahkan Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad (UMNO) dengan majoriti 3,259 undi. Pada tahun 1990, apabila PAS memenangi pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri Kelantan, beliau dilantik menjadi Menteri Besar selama 22 tahun dan bersara pada tahun 2013.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
Verification code *
29 December 2020
Artikel
Buku ini menampilkan 150 muka surat berwarna dan bergambar pelbagai fakta sains pelik, kelakar dan menarik alam haiwan yang jarang dan mungkin tidak pernah dengar. Alam haiwan dari dalam laut, daratan dan udara dikongsikan di dalam buku yang sangat m...
01 June 2020
Artikel
 Mengapa perlu berda'wah di jepun?Hanya sekitar 0.01% masyarakat Jepun adalah Muslim. Daripada 126.8juta (anggaran 201...
12 December 2019
Artikel
 Ini kisah benar. Dulu pengutip sampah, kini bergelar jutawan hartanah pada usia 24 tahun. Inilah bukti kasih sayang Allah, yang Maha Pemberi untuk melahirkan lebih ramai pemberi. Daripada pengutip sampah, menjadi pemilik ...
28 August 2019
Artikel
Dalam badan kita ada sesuatu yang disebut sebagai jiwa. Dan ia menjadi sumbu kepada kehidupan seseorang. Justeru nilai kehidupan ini adalah diukur berdasarkan kekuatan jiwa seseorang seperti yang pernah disebut oleh baginda Nab...
25 August 2019
Artikel
Madzhab Syafi'i, salah satu daripada sekian banyak mazhab fiqh yang sampai ketika ini masih mendapat apresiasi meluas dari majoriti muslimin dunia. Keunggulan utama Madzhab Syafi'i terletak pada sifatnya yangnya sederhana. Di a...
 

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)