Jasmin Publications Zuhud Zuhud merupakan di antara salah satu jalan yang dilalui oleh para sahabat, yang mana mereka telah me.. Product #: DKJ007 based on 0 reviews Regular price: RM60.00 RM60.00 In Stock

Riwayat Zuhud Para Nabi dan Wali Allah

Penerbit: Jasmin Publications
Kod Kitab: DKJ007
Availability: In Stock
Berat: 1.00kg
Tags: zuhud , wali allah , wali

Harga: RM60.00

Para sahabat yang menjalani cara hidup zuhud bukanlah berasal daripada kalangan orang-orang miskin dan orang-orang yang banyak keperluaannya, bahkan mereka terdiri daripada orang-orang kaya dan lapangan rezekinya, serta banyak hartanya, sekalipun memang ada di antara mereka yang miskin dan menjalani cara hidup zuhud, akan tetapi itu bukan disebabkan oleh kemiskinannya. Melainkan kerana umat Islam telah sepakat bahawa pendidikan terhadap akidah tauhid bersama cara hidup zuhud dapat menciptakan pelbagai bentuk keadilan dalam masyarakat dan pada pelbagai tingkatan umat manusia yang pelbagai.

Cara hidup zuhud merupakan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dan wasilah untuk mencapai redha-Nya serta merupakan jalan termudah agar hamba dapat menerima malaut tertinggi, kerana ia telah menghindari kenikmatan duniawi dan memilih kebaikan yang berada di sisi Allah SWT. Itulah nikmat yang tidak pernah hilang dan binasa.

Kadang-kadang zuhud dapat dilakukan dalam kemiskinan sebagaimana juga dilakukan dalam keadaan kaya. Hal ini tidak lain kerana cara hidup itu saling melengkapi dan merupakan suatu cara untuk memahami alam ketika sedang mengurangi kenikmatan syahwat dan berjalan secara bertahap menuju ke alam akhirat.

Imam Ahmad menyusun kitab ini berdasarkan urutan yang ada di dalam kita “Al-Musnad” dan bukan berdasarkan tajuknya (topical). Oleh itu, ia menyebutkan riwayat hidup mereka dan apa yang diriwayatkan darinya yang berhubungan dengan zuhud serta aspek fizikal dan perbuatan hati.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
Facebook comment

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2019 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)