Al-Hidayah Alam Roh Ibnu Qayyim al-Jauziah adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia keilmuan Islam. Tokoh yang.. Product #: DKAH008 based on 0 reviews Regular price: RM50.00 RM50.00 In Stock

Roh Menelusuri Pencerahan Alam Roh

Penerbit: Al-Hidayah
Kod Kitab: DKAH008
Availability: In Stock
Berat: 0.97kg
Tags: roh , hakikat , ibnu qayyim

Harga: RM50.00

Buku berjudul Roh ini mengungkap dengan jelas tentang hakikat roh, karakter dan sifatnya serta kaitannya dengan jiwa dan kehidupan. Antara persoalan-persoalan yang bakal terjawab di dalam judul ini adalah; adakah roh mengetahui ziarah manusia ke kubur? Adakah roh orang yang mati saling bertemu dan berkumpul? Adakah roh orang yang hidup boleh bertemu dengan roh orang sudah mati? Apakah yang mati, roh atau jasad? Adakah selepas mati, roh akan menjelma menjadi sesuatu yang lain? Bolehkah roh memasuki mimpi orang yang hidup? Di manakah roh?

Banyak lagi persoalan-persoalan di dalam benak fikiran anda akan dirungkaikan satu persatu oleh penulis di dalam buku ini. Selain itu, buku ini juga menyelitkan huraian yang padat tentang alam barzakh dan keadaannya serta hakikat di alam mimpi. Secara ringkasnya, Roh akan membawa fikiran anda terbang ke alam lain; alam yang ada tetapi anda tidak mengetahuinya. Semoga kupasan, huraian yang sarat dengan dalil dan hujah ini mampu memberi kepuasan kepada anda ketika membaca serta mampu meningkatkan iman dalam mempercayai kewujudan alam ghaib yang dicipta oleh Allah SWT.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2019 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)