Jasmin Publications Ensiklopedia Fiqah Wanita Sesiapa yang melihat dunia pada hari ini dengan hati nurani, pasti memandang wanita sebagai sasaran .. Product #: DKJ012 based on 0 reviews Regular price: RM55.00 RM55.00 In Stock

Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah

Penerbit: Jasmin Publications
Kod Kitab: DKJ012
Availability: In Stock
Berat: 1.20kg

Harga: RM55.00

lni lebih ketara lagi dengan hilangnya ikutan di kalangan kaum wanita serta lemahnya kemahuan untuk melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar sesuai dengan nilai-nilai syariat. Hal ini boleh dilihat dengan meningkatnya kerosakan, merebaknya perkara-perkara yang melengahkan dan memancing syahwat.

  Bertolak dan sinilah, wanita lebih memerlukan aturan dan pengajaran berbanding lelaki. Keadaan menuntut agar wanita boleh berkarya dan menuntut ilmu yang berguna serta mengamalkan amal soleh. Hal seperti inilah yang mendorong penulis untuk menulis buku tentang hukum-hakam wanita. Walaupun kerosakan sudah sedemikian parah, tetapi masih ramai muslimah yang mahu membaca buku-buku agama yang ditulis berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
  Hal ini tidak aneh dan menghairankan, kerana fitrah keimanan dan kecintaan kepada agama masih terpendam di dalam hati yang tertutup oleh debu-debu kelalaian. Sebaik sahaja debu tersebut hilang maka keimanan kepada Rasulullah s.a.w. akan segera menyambut dan mengikutinya. Selain itu, hal yang mendorong penulis menulis buku ini adalah keinginan supaya buku ini menjadi rujukan bagi wanita dalam mempelajari hukum fiqah yang sering mereka menanyakan dan perlukan.

  Justeru, perbincangan dalam buku ini, penulis tidak membatasi hanya pada hukum fiqah yang berkaitan dengan wanita sahaja, tetapi juga hukum-hakam yang berkenaan dengan masalah hubungan antara lelaki dan wanita. Walaupun ada sebahagian hukum yang khusus untuk wanita.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
Facebook comment

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2019 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)