Darulkitab & Keusahawanan Sosial

Darulkitab.com.my adalah online bookstore. Ia diwujudkan bagi memenuhi keperluan dan tuntutan dakwah untuk masyarakat dengan menerima pesanan online dari dalam negara dan juga dari serata dunia. Buku-buku yang disediakan adalah diantara buku-buku dan kitab terpilih, terbitan khas dan yang terjamin dari segi kandungan serta keaslian sumbernya. .

Dengan adanya Darulkitab peminat buku serta kitab agama , berpeluang dengan lebih mudah mendapatkannya. Bukan itu sahaja, DK juga membekalkan kitab-kitab untuk masjid, kuliah agama, institusi pendidikan tinggi, sekolah dan koperasi. Terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang selama ini menyokong kami. Kami juga berharap usaha kita bersama dapat membantu untuk memperkasakan lagi ilmu agama yang sahih dan membentuk masyarakat yang berkualiti khususnya.

Darulkitab & Keusahawanan Sosial
Keusahawanan sosial adalah satu pendekatan inovatif ke arah transformasi sosial masyarakat. Menyahut seruan tersebut, Darulkitab hari ini mengambil inisiatif untuk berubah kearah model perniagaan SE ( Social Enterprise).
.
Bagaimana?
Mulai hari ni, setiap keuntungan yang diperolehi daripada Platform Darulkitab, 10% akan disalurkan kepada tabung Pembangunan masjid/surau.
.
Untuk Apa?
10% ini akan digunakan khas untuk membaikpulih pintu2 tandas,selak,hos,kepala paip yang telah rosak, penyangkut pakaian,di mana-mana Masjid/Surau yang memerlukan tanpa menunggu pihak pengurusan masjid/surau bertindak.
.
Semoga usaha ini dapat memberi keselesaan kepada semua jemaah, dan memberi saham akhirat kepada kami dan juga yang membeli.

Wassalam, Yang Benar,

Abdul Azim
Founder Darulkitab (DKBooks)

Catatan 16 Ogos 2019 bersamaan 15 Zulhijjah 1440 

0
Penyakit Was-Was
Fiqh Imam Syafie

By accepting you will be accessing a service provided by a third-party external to https://darulkitab.com.my/

© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart