Infaq Tafsir

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan kemudahan kepada kami pada hari ini untuk menunaikan amanah bagi menyampaikan infaq berupa satu set kitab tafsir Ibnu Kathir kepada sebuah maahad tahfiz di Pekan Pahang ini, iaitu Maahad Tahfiz Al-Quran Tok Montok. Sumbangan diterima oleh Ustaz Suryadi selaku tenaga pengajar di maahad.  Nama maahad diambil daripada Mufti Pahang Kedua iaitu Mufti Haji Osman bin Senik atau lebih dikenali dengan nama gelaran Tuan Haji Montok(1900). Tuan Mufti bukan sahaja bertugas sebagai mufti tetapi juga mengasaskan sebuah pondok pengajian di Kampung Ketapang Tengah dan juga pernah menulis menghasilkan beberapa buah kitab berjudul Majiatul Musolli yang mengenai perubatan dan risalah akidah.

Program Infaq "1 Madrasah 1 Tafsir" bertujuan mendedahkan para penghafal Al-Quran tentang isi kandungannya. Bagi pelajar yang menguasai bahasa Arab, ia tidak menjadi masalah besar untuk memahafi apa yang dihafal, namun bagi yang tidak, sedikit sebanyak tafsir ini dapat membantu pelajar dari memahami isi kandungan. Memahami atau tadabbur Al-Quran adalah lebih utama kerana itulah tujuan dan maksud ia diturunkan, iaitu untuk memberi panduan kepada manusia. Jika ia hanya dihafal tanpa dipraktikkan, nescaya amat besar kerugiannya. 

Justeru diharap infaq ini akan menjadi satu manfaat kepada penghuni madrasah ini, dan menjadi saham akhirat bagi yang menginfaqnya. Amin!

 

0
  645 Hits
645 Hits

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2019 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)