http://schema.org/InStock

The Power of Al-Quran

Penerbit: PTS
Kod Kitab: 978-967-411-121-2
Availability: 20
Berat: 0.25kg

Harga: RM20.00

Jutaan manusia membacanya, ribuan manusia menghafalnya dan seluruh dunia mendapat manfaat daripada Al-Quran. Inilah kitab suci yang mengubah dunia dan melakar sejarah ketamadunan manusia. Al-Quran adalah kalam Tuhan yang terpelihara kesuciannya di sepanjang zaman. Tiada keraguan padanya dan tiada manusia mahupun jin yang mampu menandingi Al-Quran walaupun mereka bergabung tenaga melakukannya.

Kehebatan Al-Quran, kebenaran ilmu dan kesahihan fakta di dalamnya dijelaskan dalam buku “The Power of Al-Quran”. Tiada orang yang akan menolak dan mempertikaikan Al-Quran, melainkan orang yang bodoh. Buku ini membentangkan kaedah pentafsiran Al-Quran menggunakan ilmu moden terutamanya ilmu sains. Penemuan-penemuan sains yang terkini membantu kita memahami Al-Quran dan sunah Rasulullah dengan lebih mendalam.

Matlamat buku ini adalah untuk membentuk masyarakat yang bukan sekadar menghafal, tetapi memahami Al-Quran. Al-Quran akan memberi manfaat apabila isi kandungannya difahami, diamalkan dalam kehidupan, dan disebarkan ke seluruh alam. Perkara ini sesuai dengan kata-kata Rasulullah yang bermaksud, Manusia yang paling baik adalah orang yang mempelajari Al-Quran, iaitu orang yang membaca dan memahami makna Al-Quran, dan menyampaikan ajaran Al-Quran.”

Sesuai dengan perubahan zaman, buku ini memuatkan kaedah mentafsir Al-Quran secara saintifik. Perlu diingatkan, Al-Quran tidak memerlukan sokongan fakta sains untuk membuktikan kebenarannya, tetapi fakta sainslah yang dibuktikan betul berpandukan Al-Quran. Dapatkan buku ini untuk merasai keajaiban mukjizat agung sepanjang zaman. Mukjizat setiap nabi berakhir dengan kewafatan nabi itu. Namun, mukjizat Al-Quran wujud di sepanjang zaman dan keajaibannya tidak akan habis.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
Verification code *
 

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)