PTS 70 HADIS: Mudah Hafal Mudah Amal Himpunan 70 hadis mudah, ringkas dan senang untuk diamalkan. Padat dengan Ilustrasi yang menarik, da.. Product #: 978-967-366-114-5 based on 0 reviews Regular price: RM25.00 RM25.00 20

70 HADIS: Mudah Hafal Mudah Amal

Penerbit: PTS
Kod Kitab: 978-967-366-114-5
Availability: 20
Berat: 0.44kg
Tags: hadis , mudah , hafal

Harga: RM25.00

Doa anak yang soleh adalah satu daripada tiga perkara yang tidak akan putus pahalanya kepada kita walaupun setelah kita berada di alam kubur. Doa mereka dimakbulkan Allah dan membekalkan kesejahteraan buat ibu bapa sehingga saat pembalasan di akhirat kelak. Mempunyai anak yang soleh adalah harapan dan keinginan setiap pasangan suami isteri.

Satu daripada cara terbaik untuk melahirkan anak yang soleh adalah mendidik anak menghafal dan mengamalkan hadis Rasulullah. Didik anak dengan sunnah, terdidik generasi, terjaga ummah. Sebaik-baik nasihat untuk diberikan kepada anak kita adalah nasihat daripada nabi, yang berasal daripada Allah, pemilik segala kebaikan. Sebaik-baik amalan untuk diajarkan kepada anak-anak adalah sunnah Rasulullah. Mengamalkannya mendatangkan pahala, dan menyebarkannnya dapat menggandakan lagi deposit amal kita sebagai bekalan di akhirat.

Buku ini menghimpunkan 70 hadis mudah, ringkas, dan senang untuk diamalkan. Buku ini juga padat dengan ilustrasi menarik yang memikat hati anak-anak kita. Kadang-kadang, ibu bapa sendiri yang asyik sambil membelek-belek buku ini. Untuk meraikan anak-anak kecil yang masih bertatih membaca tulisan Arab, buku ini menyediakan kaedah yang mudah bagi mengeja, menyebut, dan menghafal hadis.

Interaksi mesra antara ibu bapa dan anak-anak adalah pemudah cara yang terbaik untuk anak-anak belajar dan menghafal hadis dengan cepat. Kehadiran ibu bapa di sisi anak-anak menyemarakkan jadi semangat dan kesungguhan mereka untuk menghafal hadis. Ibu bapa akan terlibat secara langsung dalam proses ini. Jadual semakan hafalan disediakan bagi setiap hadis untuk ditandatangan oleh ibu bapa.

Apabila ibu bapa menurunkan tandatangannya, ia bukan lagi semata-mata tandatangan yang kosong. Tandatangan itu adalah pengiktirafan ibu bapa kepada anak-anak yang akan menjadi ulama, pewaris nabi dan pejuang Islam. Tandatangan itu juga menjadi peringatan kepada anak-anak. Hadis yang mereka hafal adalah amanah yang perlu dijaga dan diamalkan sentiasa. Sesungguhnya, hafalan hadis dan amalan anak-anak sentiasa menyalurkan pahala kepada ibu bapa. Hadis disayangi, hidup dipenuhi pelangi. Didik anak dengan sunnah, terdidik generasi, terjaga ummah.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart