Al-Hidayah Fatwa Semasa DALAM zaman yang serba moden ini, banyak masalah-masalah yang perlu di ijtihadkan hukum yang sesuai .. Product #: DKAH006 based on 0 reviews Regular price: RM40.00 RM40.00 In Stock

Fatwa-fatwa berkaitan Fiqh Semasa di Malaysia

Penerbit: Al-Hidayah
Kod Kitab: DKAH006
Availability: In Stock
Berat: 0.85kg

Harga: RM40.00

Dalam ayat di atas, Allah SWT meletakkan perbuatan memperkatakan tentang agama Allah SWT tanpa berdasarkan ilmu sebaris dengan melakukan syirik kepada Allah SWT dan ia sekaligus menunjukkan bahawa mengeluarkan fatwa sama sekali tidak wajar dilakukan melainkan oleh ahli-ahlinya sahaja. Pengeluaran fatwa yang bukan daripada ahlinya mengundang dosa yang besar di sisi Allah SWT. Apalagi tidak semua orang yang belajar agama dan mampu menyampaikan ceramah kepada umum, boleh mengeluarkan fatwa, sebaliknya mereka yang memahami bidang fatwa dan semua selok-beloknya sahaja yang layak berbuat demikian.

Buku ini diketengahkan oleh penulis dengan hasrat untuk memudahkan kefahaman umat Islam tentang selok-belok dan isu-isu fatwa yang telah pun dijawab oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang melibatkan pelbagai isu serta bagi memudahkan perjalanan kehidupan seharian mereka. la melibatkan keseluruhan persoalan daripada isu akidah sehingga kepada fiqh makanan. Semoga dengan mengkaji dengan lebih mendalam dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, atas perbuatan mentaati segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Penulis : Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Dr.Engku Ahmad Tajuddin bin Engku Alwi (Ph.D Syariah), Ustaz Zulkifli Bin Mohd(MA Syariah), Ustaz Ahmad Faizol bin Ismail (MA Syariah)

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2019 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)