PTS Apa itu Ilmu Hadis? Kita selalu mendengar orang menyampaikan hadis Nabi Muhammad. Kita biasa mendengar Rasulullah berkat.. Product #: 978-967-5137-22-8 based on 0 reviews Regular price: RM10.00 RM10.00 5

Apa itu Ilmu Hadis?

Penerbit: PTS
Kod Kitab: 978-967-5137-22-8
Availability: 5
Berat: 0.10kg

Harga: RM10.00

Ilmu Hadis, atau nama lainnya Ulum Hadis dan Mustolah Hadis merupakan salah satu cabang ilmu yang penting dalam agama Islam. Kepentingan ilmu ini adalah untuk menjaga dan memastikan kesahihan sesebuah hadis yang disampaikan dari seseorang. Tiga perkara teras yang dibincangkan didalam ilmu Hadis ialah Sanad, Matan dan Rawi. Ilmu ini hanya dapat diperolehi sekiranya seseorang itu menuntut dalam pengajian agama di masjid surau, sekolah agama dan universiti.

Berkenaan dengan buku Apa Itu Ilmu Hadis?, buku ini diterbitkan dengan tujuan mempermudahkan pemahaman dan menangkis stigma masyarakat umum terutamanya kepada mereka yang menganggap cabang ilmu ini sukar untuk dipelajari, memeningkan dan ilmu ini istimewa hanya untuk yang mengambil pelajaran aliran agama. Menurut apa yang dikatakan didalam buku ini, Ilmu Hadis sepatutnya dipelajari dan difahami oleh setiap individu yang bergelar muslim.

Sememangnya dengan membaca buku ini memudahkan pemahaman berkenaan dengan ilmu Hadis kerana perbincangan disusun atur dari gambaran kasar mengenai ilmu Hadis sehingga aplikasi kesemua jenis hadis. Buku ini amatlah sesuai kepada semua individu terutama sekali yang beragama islam. Kepada sesiapa yang mengambil pengejian STAM dan khursus - khursus pengajian agama di universiti, buku ini adalah buku yang sepatutnya mereka miliki dan baca.

 

Hasan Abu Bakar adalah guru yang mendapat Diploma Tahfiz (Al-Quran dan Qiraat) Darul Quran. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dari Universiti Mu'tah, Jordan.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart