Telaga Biru Ramadan Terbaik! Dengan kehadiran Ramadan yang dinanti –nanti semua Mukmin semestinya memberikan sinar dan cahaya yan.. Product #: 9789673881642 based on 0 reviews Regular price: RM10.00 RM10.00 10

Ramadan Terbaik!

Penerbit: Telaga Biru
Kod Kitab: 9789673881642
Availability: 10
Berat: 0.22kg
Tags: puasa , ramadhan , fadhilat

Harga: RM10.00

Oleh itu, hendaklah kita mengambil kesempatan dengan kehadiran bulan yang mulia ini, ia umpama “madrasah” yang mampu menjana ketakwaan Muslim agar hati dan jiwa kembali teguh. Firman Allah Taala yang bermaksud: “ Wahai orang yang beriman, telah difardukan atas kamu untuk berpuasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan kepada ganerasi terdahulu, mudah-mudahan kamu bertakwa”.

Kita semua mengharapkan agar Allah memberikan kita taufik dan hidayah agar Ramadan yang disambut dapat dihargai sebenar-benarnya . Ramadan bukanlah untuk membebankan manusia tetapi merupakan “hadiah” yang paling berharga bagi mereka yang mahu meningkatkan ketakwaan dan memperbaiki diri.

Semoga kita semua dirahmati, diampuni serta mendapat kurniaan yang terbaik daripada Allah. Semoga Ramadan   yang hadir memberi makna dan berkesan kepada jiwa muslim agar menjadi Muslim yang bertakwa kepada Allah.

 

Buku ini wajar dimiliki kerana:

Menjelaskan keutamaan dan prioriti ibadah pada bulan Ramadan, yang mana lebih patut diutamakan pada masa yang sama tidak mengabaikan tugas dan keperluan lain.

Menerangkan serba sedikit saranan supaya ibadah pada bulan Ramadan didasari dengan keilmuan dan penghayatan bukan semata-mata sebagai budaya dan adat.

Menekankan muhasabah ibadah pada bulan Ramadan. Semoga amalan soleh kita dijauhi daripada perkara yang menjejaskan kemurniannya dan mudah-mudahan diterima di sisi- Nya.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart