Motivasi & Nasihat

Show:
Sort By:
Tarbiyatul Aulad Jilid 1

Tarbiyatul Aulad Jilid 1, Dr. Abdullah Nasih Ulwan menggariskan persediaan awal bagi mencorak peribadi anak bermula dari proses memilih pasangan hidup sehingga persediaan daripada aspek fizikal, mental, dan psikologi ibu bapa sebelum dan selepas kelahiran anak.

RM65.00

The Power of Al-Quran

Buku ini adalah penambahan dan pengkhususan perihal tafsir Al-Quran berdasarkan buku Quran saintifik. Dr. Danial melihat ayat-ayat Al-Quran melalui kaca mata sains dalam mengetegahkan keajaibannya.

RM20.00

Hartanah Barakah

Imam Al-Ghazali menyebutkan kepentingan sebuah rumah dan hartanah kepada umat. Katanya umat boleh jadi rosak dan punah sistem kemasyarakatannya dan terdedah kepada bahaya sosial tanpa institusi rumah. Sultan Abdul Hamid II sewaktu pemerintahan terakhir kerajaan Uthmaniyyah menghalang keras penjualan hartanah bumi Palestin kepada tangan-tangan Yahudi atas dasar umat Islam perlu memiliki haratanah sendiri. Hilang tanah bermaksud hilang negara dan pertiwi! Justeru, perjuangan hartanah ini bukan sesuatu yang hanya bermatlamatkan materi, ia lebih suci dan murni jikalau diteliti. Dalam memiliki rumah dan hartanah, ada perjuangan yang suci dan murni.

RM15.00

Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan

Ini kisah benar. Dulu pengutip sampah, kini bergelar jutawan hartanah pada usia 24 tahun. Inilah bukti kasih sayang Allah, yang Maha Pemberi untuk melahirkan lebih ramai pemberi. Daripada pengutip sampah, menjadi pemilik limpahan harta yang barakah. 

RM35.00

How to Talk So Kids Can Learn at Home and in School

Buku ini berkongsi pelbagai kaedah bagi menggalakkan kanak-kanak untuk percaya kepada diri sendiri dan bagi menjadi diri yang mereka mahukan

RM30.00

Saiful Nang: Kisah Orang Menang

Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low profile, anda sebenarnya SELFISH.Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih tercari-cari jalan.Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya daripada anda sendiri walaupun anda digelar bongkak dan berlagak.Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauh diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular dalam kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah maha adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda.

RM30.00

SAIFUL NANG: Mat Jenin Sebenarnya Hero

Hari pertama saya enrol Ph.D. saya di UUM, bergaduh intelek pula saya dengan Prof. Zack semasa kelas Academic Writing. Dia kata jangan buat Ph.D. macam Mat Jenin jer. Saya angkat tangan dengan izin saya katakana, “Mat Jenin tidak salah… Mat Jenin adalah hero.”

Orang yang berimaginasi seperti Mat Jeninlah yang membangunkan negara dan bangsa. Cuma silap Mat Jenian ialah, bila bisnes ayam dia dah jadi sekandang kambing, bisnes kambing dia dah jadi sekandang lembu, dan bisnes lembu dia dah jadikan dia kaya-raya.. Satu-satunya perkara yang buat dia jatuh ialah.. Perempuan!!

Kalua dia tak berangan nak kahwin putei raja dan nak peluk puteri raja tu, pasti dia tak jatuh pokok. Itu pelajaran bagi lelaki yang dah Berjaya sampai ke puncak (pokok kelapa), janganlah terbeli dengan godaan wanita. Ingatlah wanita di bawah pokok berbanding yang di atas pokok. Wanita di bawah pokok akan buat Mat Jenin naik ke atas pokok berusaha bekerja. Wanita atas pokok inilah yang buat Mat Jenin jatuh dan mati di tempat kejadian.

RM25.00

Ulama Hadis: Makhluk Asing Dari Bumi

===========================

Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-481-177-8

Tarikh Terbit: Terbitan Pertama 2018
Jumlah Muka Surat: 233
Berat (Kg): 0.242

Penulis: Kamilin Jamilin, Ph.D
===========================

Sinopsis

 

Buku ini menghimpunkan 60 kisah unik & luar biasa para ilmuwan Islam khususnya para ahli hadis (muhaddithin). Bukan sahaja menjadi motivasi, bahkan uniknya mampu menjadi teguran buat kita semua. 

RM20.00

Nota Daripada Tuhan

Apakah itu nyawa al-Quran? Di manakah ia boleh dicari? Bagimanakah kita ingin menjejakinya? Siapakah pula khadim al-Quran? Adakah si pencinta al-Quran atau hamba Allah yang sentiasa mendampingi ayat Allah ini? Semuanya bakal dirungkai dan disahkan malalui nota istimewa ini, Nota Daripada Tuhan.

RM18.00

Nota Kasih Smart Parents

Kasih sayang adalah tenaga yang paling berkuasa.Ia dapat menolong setiap anak-anak membesar dengan kuat dan berkeyakinan. Kasih sayang membantu manusia mengatasi semua cabaran dalam kehidupan. Suatu hadiah terindah yang dapat diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak adalah kasih sayang tanpa syarat. Ini menganugerahkan setiap anak kebolehan dalam mengharungi apa-apa cabaran yang datang dalam laluan kehidupan mereka.

RM20.00

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)