http://schema.org/InStock

Petua Rezeki dari Al-Quran & As-Sunnah

Penerbit: PiS
Kod Kitab: PIS-DKH-Petua
Availability: 30
Berat: 0.50kg
Istimewa: EXCLUSIVE dengan tandatangan Dr.Kamilin Jamilin

Harga: RM35.00

Musim pandemik yang melanda masyarakat bahkan manusia di seluruh dunia sejak awal tahun 2020, benar-benar menguji keimanan seseorang terutamanya dalam bab rezeki. Ada yang sedang berada di puncak, lalu tersungkur rebah menyembah bumi dan ada pula yang berada di bawah, lalu melompat tinggi tatkala menerima ujian berat ini.

Dalam buku ini, Dr. Kamilin telah mengupas beberapa persoalan yang sering berlegar dalam fikiran masyarakat berkenaan rezeki dan berkongsi tentang petua rezeki dari al-Quran dan al-Sunnah tanpa mencampuradukkannya dengan amalan yang tiada asasnya sepertimana yang terdapat dalam beberapa buah buku bertemakan rezeki yang pernah beliau baca.

 Seperti biasa, Dr. Kamilin sangat menekankan sumber penulisan dalam setiap karya beliau dari kedua-dua sumber wahyu ini demi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa segala panduan kehidupan ini ada di dalam Kitabullah dan sunnah Rasulullah ﷺ. Hanya tinggal peranan kita untuk menggali khazanah tidak ternilai ini, mengimaninya dan beramal dengannya.

Rezeki itu ada definisi dan rezeki itu ada petuanya. Rezeki yang sedia ada itu perlu dihargai dan rezeki yang belum tiba pula perlu dicari. Berapa-berapa sekalipun kadar atau kuantiti rezeki yang dimiliki, seharusnya rezeki itu tidak akan sesekali mengurangi amal soleh atau menggoncang keimanan terhadap Ilahi.

Terimalah hadiah Ramadan ini buat para pembaca semua yang dikasihi. Semoga buku ini mampu menyuntik semangat dan kekuatan kepada mereka yang diuji serta dapat membantu kita semua menjadi hamba Allah ﷻ yang lebih bertakwa.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
Verification code *

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)