http://schema.org/InStock

Hasan Al-Banna

Penerbit: PTS
Kod Kitab: 978-967-408-135-5
Availability: 5
Berat: 0.41kg

Harga: RM26.00

Tanggungjawab yang kita ada lebih banyak daripada masa yang kita ada.” Inilah satu daripada kata-kata Imam Hassan Al-Banna yang masyhur. Beliau adalah pengasas Ikhwanul Muslimin, pertubuhan Islam yang paling berpengaruh di dunia. Setiap saat dalam hidup beliau dimanfaatkan sepenuhnya kepada Islam semata-mata. Sebahagian daripada kisah hidup dan perjuangan beliau diabadikan dalam buku ini untuk rujukan kita semua.

Bumi Mesir menjadi gempar dengan kemunculan Hassan Al-Banna bersama Ikhwanul Muslimin. Parti politik yang lain tergugat. Para menteri rasa gelisah dan terancam. Penjajah Barat yang menguasai Mesir pula menjadi gementar. Suara yang dilaungkan oleh Hassan Al-Banna adalah suara kebenaran yang menghidupkan semangat perjuangan umat Islam. Ikhwanul Muslimin berjaya menjana seluruh kekuatan untuk melawan penindasan dan penjajahan Barat.

Hassan Al-Banna hidup sebagai pejuang dan mati sebagai syuhada yang dicintai Allah. Beliau mati ditembak oleh musuh Islam pada umur 43 tahun. Dalam tempoh yang sesingkat ini, perjuangan beliau berjaya menyentuh hati umat-umat Islam dan berjaya menyatupadukan mereka. Namun, perjuangannya bukan mudah, bahkan banyak menumpahkan darah.

Di kalangan pahlawan, beliau adalah panglimanya. Di kalangan ulama, beliau menjadi rujukan utama. Di kalangan pemikir, beliau menjadi mutiara hikmah. Hassan Al-Banna mempunyai karisma unggul sebagai pemimpin dan menguasai pelbagai cabang ilmu. Perjuangan beliau berjaya menghidupkan semangat perjuangan umat Islam, namun nyawa beliau yang menjadi gantinya. Kisah perjuangan Hassan Al-Banna yang diabadikan dalam buku ini akan menyuburkan semangat jihad dan membakar semangat perjuangan Islam.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
Verification code *

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)