Search Result

Show:
Sort By:
Sempurnakanlah Solatmu

Solat merupakan ibadah pertama yang akan dihisab oleh Allah di akhirat kelak. Solat fardu lima waktu adalah salah satu rukun Islam yang lima. Ini merupakan satu asas kepada Islam yang palilng utama. Sekiratnya nilai atau kualiti solat kita tidak mencapai tahap sepatnya, ia mungkin akan jadi sia-sia sahaja. Oleh itu di dalam kehidupan kita setiap apa yang kita lakukan mempunyai tahap kualiti dan nilainya, barulah ia memberikan kesan atau impak yang lebih baik.

RM48.00

- +
Baikilah Solatmu

Di Dalam Al-Quran terdapat lebih 25  tempat ayat “Aqama” yang merujuk kepada makna perintah melaksanakan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan “al-Solah” atau solat diulang dan disebut di dalam Al-Quran.

Demikianlah ketinggian dan hebatnya kedudukan solat di sisi Allah: Sudah tentulah Syariat tersebut mempunyai hikmah yang tersendiri. Solat yang terbaik adalah keyakinan yang benar , ucapan yang teratur dan mencerminkan sikap dan perbuatan Rasulullah SAW.

RM18.00

- +
Fahami Bacaan Solat

Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam al-Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.

RM19.00

- +
Ustaz, Apa Hukumnya Ibadah

Agama adalah kefahaman, setiap orang Islam wajib mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam agama. Maksudnya dalam Islam ada halal ada haram, ada sunat dan harus, dan ada makruh. Untuk mengetahui semua itu, seorang Muslim wajib menuntut ilmu supaya dia tahu apa yang dia buat

RM18.00

- +
Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat

Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.

RM40.00

- +
Kembara Menuju Allah

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.

Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.

 

 

 

RM200.00

- +
Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang

Allah memanggil orang yang berzikir mengingati Allah sebagai Ulil Albab iaitu orang yang berfikir. Mereka adalah orang yang mengingati Allah setiap masa terutamanya setiap selepas solat fardhu lima kali sehari. Orang yang sentiasa mengingati Allah sentiasa berada dalam rahmat Allah dan Allah selalu mengingatinya.

 

RM6.00

- +
© 2020 Darulkitab is wholly owned by DKBooks Resources. All Rights Reserved. Designed By Abu Nu'man

My Cart