Search Result

Show:
Sort By:
Zuhud & Kelembutan Hati

Karya: Dr Ahmad Farid.

Persiapan seorang hamba bagi meraih hati yang sejahtera (qalbun salim), memerlukan usaha dan kesungguhan agar dirinya terhindar dari kekotoran zahir mahupun batin. Begitu banyak didapati penulisan yang berkisar tentang tema penyucian hati, namun sayangnya tidak berdasarkan jalan yang ditunjukkan oleh insan agung yang memiliki kesempurnaan akhlak yang mulia, iaitulah Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam.

RM70.00

Tinggalkan Dunia

   Kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan gurau-senda, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam mencari harta kekayaan dan anak keturunan. Setiap muslim mesti berwaspada, jangan sampai di dalam hatinya timbul cinta kepada dunia.

RM32.00

Amirul Mukminin Umar Abdul Aziz

Siapa yang tidak rmengenali tokoh ini. Bahkan yang bukan beragama Islam pun ramai menyatakan kekaguman mereka terhadap keperibadian dan kejayaan yang telah dicapai oleh pemimpin ini. Satu peribadi yang cukup memberi kesan kepada umat di zamannya dan juga umat manusia yang selepas zamannya. Berdasarkan ajaran dan panduan Nabi Muhamad SAW, mencontohi kepimpinan Baginda serta sahabat-sahabat Baginda, Umar Abdul Aziz telah membawa masyarakat Islam ke arah kegemilangan yang hebat.

RM50.00

How to Talk So Kids Can Learn at Home and in School

Buku ini berkongsi pelbagai kaedah bagi menggalakkan kanak-kanak untuk percaya kepada diri sendiri dan bagi menjadi diri yang mereka mahukan

RM30.00

Saiful Nang: Kisah Orang Menang

Jikalau anda berjaya tetapi anda diamkannya dan anda bangga orang panggil anda low profile, anda sebenarnya SELFISH.Jikalau anda berjaya, beritahulah kejayaan anda dengan baik supaya kejayaan itu menjadi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang masih tercari-cari jalan.Bantulah mereka untuk naik sehingga mereka lebih berjaya daripada anda sendiri walaupun anda digelar bongkak dan berlagak.Janganlah pula menunjukkan kejayaan anda untuk dilihat tetapi anda menjauh diri apabila ada yang bertanya kepada anda. Allah tahu siapa anda, maka jangan sedih. Jikalau anda tidak popular dalam kalangan rakan anda kerana niat itu, Allah maha adil, boleh jadi Allah hujankan kita dengan rezeki yang melimpah ruah sebagai pengimbang kedukaan anda.

RM30.00

Inspirasi Murabbi

Inspirasi Murabbi... cetusan idea dan kompilasi pengalaman Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa yang merangkumi nasihat, doa, kisah, tips, nota, puisi sepanjang menjalankan amanah sebagai seorang Murabbi.

RM27.00

Inspirasi Sukur

Kisah hidup Tuan Sukur yang dikelilingi insan-insan positif sejak kecil. Kisah dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan taulan, rakan bisnes termasuk isteri tersayang. Setiap kisah disertakan dengan gambar berserta 'caption' yang menjadikan kisah ini mudah dihayati.

RM22.00

Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati

Buku motivasi yang bertajuk Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati adalah sebuah buku gabungan Hilal Asyraf dan Aiman Azlan. Mereka berdua berkongsi pelbagai isu yang mencuit daripada pelbagai topik yang menjalar dalam kehidupan kita, dengan harapan supaya di celah-celah penyampaian buku ini, dapat kita mengenali diri sendiri. Identiti kita yang sebenar adalah kita merupakan hamba Allah s.w.t. Itu identiti kita. Segala pergantungan kita adalah kepada-Nya, segala tindak-tanduk, dan perlakuan kita adalah kerana-Nya.

RM23.00

40 Hadis Sahih Kisah Ghaib & Ajaib

Buku 40 Hadis Sahih Kisah Ghaib dan Ajaib ini merupakan sebuah buku yang diinspirasikan daripada sebuah kitab bahasa Arab, Qisas al-Ghayb fī Shahih al-Hadis al-Nabawi karya Prof. Dr. ‘Umar Sulayman al- ‘Ashqar. Buku ini menampilkan kisah-kisah ajaib yang diambil daripada hadis-hadis sahih dalam kitab Sunan Sittah. Antaranya ialah hadis tentang keadaan ahli syurga, hadis Tamim al-Dari, hadis Imam al- Mahdi dan pelbagai perkara ghaib yang lain.

RM19.00

Bumerang Kasih

Bumerang, sejenis permainan yang apabila dilemparkan akan berbalik semula. Itulah analoginya. Itulah panduan kita dalam menetapkan hala tuju kasih sayang dan cinta. 

RM20.00

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)