http://schema.org/InStock

Al Rahiq Al Makhtum | Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri

Penerbit: Jakim
Kod Kitab: DKJ007
Availability: 10
Berat: 1.00kg

Harga: RM65.00

Buku ini turut menjelaskan beberapa faktor yang mendorong kepada kesabaran dan kecekalan tinggi Baginda menghadapi ujian dan cabaran. Keimanan yang tinggi, kesediaan menerima tanggunjawab kepimpinan yang diamanahkan kepada Baginda dengan sepenuh jiwa dan raga dan rasa tanggungjawab yang tebal, dengan alquran sebagai panduan, yakin pada janji bantuan Allah SWT . Allah telah memberi kemenangan kepada Baginda dalam menyebarkan syiar Islam.

Selain mengisahkan liku – liku perjuangan dakwah Rasulullah SAW, buku ini turut mengetengahkan strategi uslub dakwah yang digunakan oleh Baginda bermula dari peringkat permulaan, tribulasi dan akhirnya, peringkat kejayaan yang membawa kepada kegemilangan Islam.

Karya Saffiyyu al-Rahman al-mubarakfur ini merupakan karya yang unik dari segi bahasa dan susunan jalan ceritanya. Setiap peristiwa berkaitan dengan Rasulullah SAW diceritakan secara kronologi, diperincikan sehingga mampu digambarkan oleh pembaca. Pandangan dan pendapat mengenai sifat dan peribadi Rasulullah SAW daripada para sahabat, isteri Baginda dan masyarakat setempat dimuatkan dalam bab akhir dalam buku ini.

Jelas, buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan rujukan untuk pelajar, pendidik dan pendakwah sebagai panduan dalam usaha menyebarkan dakwah. Malah masyarakat umum juga akan mendapati buku ini amat bermanfaat dalam mendidik diri untuk lebih mengenali serta memperhalusi kisah kehidupan Rasulullah SAW serta keperibadian Baginda.

Tiada ulasan berkaitan kitab ini
Tulis Ulasan
BadExcellent
Verification code *

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)