Telaga Biru

Telaga Biru
Show:
Sort By:
Fatwa Imam Al-Nawawi

Fatwa ini menjadikan rujukan dan santapan mereka yang dahagakan ilmu dalam beramal. Kitab ini juga disusun oleh anak murid beliau sendiri, iaitu Ibn al-Atthar yang menunaikan baktinya buat gurunya sebagai janji setia kebaktian demi meneruskan jariah ilmu yang berkekalan.
Edisi terjemahan bahasa Melayu ini cuba untuk mendekatkan masyarakat kepada satu seni penulisan fatwa yang malar segar dan dipersembahkan sedaya upaya dengan bahasa yang lebih mudah untuk dihadam kefahamannya.

RM37.00

40 Hadis Huru Hara Kiamat

Buku ini ialah himpunan 40 hadis-hadis sahih berkenaan apa yang berlaku semasa kiamat, kesukaran-kesukaran yang bakal dihadapi oleh manusia, balasan serta nikmat yang akan diperoleh ketika kiamat dan bagaimana menghadapinya.

Apabila membaca  tentang syurga, kita disyorkan supaya membaca doa meminta supaya Allah S.W.T menganugerahkan syurga kepada kita. Apabila membaca  tentang neraka, kita disyorkan supaya membaca doa memohon Allah S.W.T menjauhkan kita daripada dimasukkan ke dalamnya.

RM15.00

Indahnya Hidup Bersyariat

Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

RM45.00

40 Hadis Sahih Kisah Ghaib & Ajaib

Buku 40 Hadis Sahih Kisah Ghaib dan Ajaib ini merupakan sebuah buku yang diinspirasikan daripada sebuah kitab bahasa Arab, Qisas al-Ghayb fī Shahih al-Hadis al-Nabawi karya Prof. Dr. ‘Umar Sulayman al- ‘Ashqar. Buku ini menampilkan kisah-kisah ajaib yang diambil daripada hadis-hadis sahih dalam kitab Sunan Sittah. Antaranya ialah hadis tentang keadaan ahli syurga, hadis Tamim al-Dari, hadis Imam al- Mahdi dan pelbagai perkara ghaib yang lain.

RM19.00

Panduan Khusyuk

Untuk pengetahuan para pembaca, buku Panduan Khusyuk dalam Solat ini menceritakan serba sedikit berkenaan khusyuk ketika sedang bersolat.

RM10.00

Kenali Ilmu Hadis

Buku ini merupakan satu perkongsian untuk memperkenalkan polemik hadis dalam kalangan masyarakat secara umum, disamping membicarakan aspek hadis secara teori dan teknikal.

Ia merumuskan asas berkaitan cara para ulama hadis terdahulu menerima, menyaring serta menapis hadis-hadis yang berlegar tatkala itu.

Tidak sekadar membincangkan istilah ilmiah sematamata, buku ini turut menerapkan konsep “pengembaraan” terhadap ilmu hadis itu sendiri berserta keperluannya dalam mengaplikasikannya di medan-medan sosial.

RM20.00

Tafsir Mini Surah Al-Fatihah

• Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- Fatihah dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.

• Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anakanak tentang setiap ayat suci al-Quran.

• Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya

RM12.00

A-Z Soal Jawab Puasa

Merungkai setiap permasalahan yang timbul dalam ibadah puasa, tarawih, zakat dan hari raya secara lengkap serta mudah difahami

RM25.00

Ramadan Terbaik!

Dengan kehadiran Ramadan yang dinanti –nanti semua Mukmin semestinya memberikan sinar dan cahaya yang mampu mengembalikan  kekuatan iman yang turun naik. Selain itu, bulan Ramadan menjanjikan pelbagai kerahmatan, keampunan dan kelepasan daripada api neraka.

RM10.00

 

Hubungi Kami

Hubungi Kami
+6013-952 6200 | sales(a)darulkitab.com.my
2017-2020 © Darulkitab.com.my. Hak Cipta Terpelihara. Dimiliki oleh DKbooks Enterprise ( CA0280012-V)